Yang nak
lari 20KM, faham-fahamla
Manusia yang nak memasuki pertandingan
maraton 20KM, kalau tak buat latihan, di tengah perlumbaan dia akan semput.
Begitulah juga manusia yang berhajat hendak menggapai banyak ‘hadiah dan
anugerah’ di dalam Ramadhan. Kalau tak buat persiapan, memang tak akan dapat
punya.
Peluang banyak. Jadi kena buat banyak
kerja untuk rebut banyak peluang.Tapi nak buat banyak kerja, stamina
untuk buat banyak kerja pula tak ada. Itu masalah kita.
Maka?
Maka kena mula training dari sekarang
la.
Kalau benar hendak menggapai ijazah
taqwa, sekaligus hidup sepanjang tahun dalam ketaatan kepada Allah SWT.
“Dan berbekal lah kamu. Sesungguhnya
sebaik-baik bekalan adalah taqwa”
Al-Baqarah ayat 197.
Maka
sebulan untuk itu
Maka
sebulan yang dihadiahkan oleh Allah SWT, hakikatnya adalah untuk membina taqwa
yang kita nyatakan. Memang benar di dalam Ramadhan wujud pelbagai ganjaran.
Pahala dilipat kali ganda dan sebagainya.
Tetapi kalau kita ini sekadar melihat
Ramadhan sahajalah bulan beramal kita, dan bulan-bulan lain adalah bulan
melakukan dosa, maka kita telah tersilap sebenarnya.
Ramadhan hakikatnya hanyalah kem. Hadiah
Allah agar kita punya suasana yang cantik untuk membina taqwa tadi. Bukan hanya
berseronok beramal, kumpul pahala banyak-banyak, buat baik itu ini, kemudian
meninggalkan semua itu selepas tamat Ramadhan.
Allah tidak cipta Ramadhan untuk kita
menjadi hamba Ramadhani.
Tetapi Allah mencipta Ramadhan, untuk
membantu kita menjadi hamba Rabbani sepanjang kehidupan kita.
Kita hamba Allah setiap masa. Bukan
semasa Ramadhan sahaja.Maka tidakkah telah terpapar kepada kita akan
hakikat Ramadhan yang sebenarnya?
APA MIND-SET KITA UNTUK RAMADHAN
KALI INI? LAST YEAR, 12 KM. THIS YEAR?
JADI, YANG NAK LARI 20KM,
FAHAM-FAHAMLAH. TAPI AT LEAST ADA
KEMAHUAN UNTUK 20KM. YANG SEKADAR NAK LARI 1.5 KM?
RENUNG-RENUNGKANLAH .
-Hilal Asyraf
|
Thursday, July 21, 2011
cOunTdoWn RaMadHan ^^
Labels:
salin tulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment